Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 5 October 2014

Bot TLDM Hilang

KUALA LUMPUR: Sebuah bot tempur jenis CB90H dengan nombor pendaftaran CB204 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinaiki sepasukan anggota TLDM dipercayai terputus hubungan di pantai Sabah, semalam.

Menurut sumber, anggota dan bot berkenaan yang turut diiringi sebuah kapal TLDM, KD Paus berlepas dari Pengkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) menuju ke gugusan Semarang Peninjau.

Namun, selepas beberapa jam perjalanan, kedua-duanya meminta untuk berpatah balik ke PTKK berikutan cuaca buruk.

Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus.

Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan.

Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.


Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun twitternya, mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan anggota terbabit.

CB90 adalah antara aset terpenting milik TLDM kerana kemampuannya untuk tiba ke lokasi sasar dalam masa terpantas.

Bot tempur itu juga boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.

Bot ini turut digunakan oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.
bot hilang, TLDM

No comments:

Post a Comment

Jom Melancong dengan Pakej Yang Terbaik da Murah