Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 11 October 2014

Wanita Yang Tak Boleh Dijadikan Isteri


Berikut ini adalah CIRI-CIRI wanita yang harus dijauhi oleh kaum ADAM, dan jangan dijadikan sebagai isteri:
1. Wanita “Ananah”  
-wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberikan atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semuanya tidak suka dan tidak berpuas hati.
2. Wanita “Mananah” 
-wanita yang suka menidakkan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumahtangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita “Hananah” 
-Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita “Hadaqah” 
-melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat suami pening kepala. Dia ingin apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.
5. Wanita “Basaqah” 
ada 2 makna:
a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Duitnya banyak dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh melawan kehebatan dirinya.
b. Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mahuu makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.
6. Wanita “Syadaqah” 
Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan suka menabur fitnah.


Semoga posting kali ini dapat membuka mata kita untuk mencari calon isteri yang sesuai........



No comments:

Post a Comment

Jom Melancong dengan Pakej Yang Terbaik da Murah