Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 12 November 2014

"Rahsia Tawan Hati Si Dia Dengan Penampilan"
Ada pelbagai cara untuk memikat atau menarik hati si Dia, namun ramai juga masih keliru atau kerap melakukan kesilapan dan mengatur strategi atau memulakan langkah dalam "projek memikat hati si Dia"
Seperti kebiasaan adalah amat perlu untuk seorang wanita menitikberatkan soal penampilan diri , lebih-lebih lagi dari segi fashion baju , tudung , rambut dan make-up, Namun begitu ramai juga yang kurang mengambil berat mengenai padanan tas tangan atau beg tangan dengan bentuk badan ,
Disini saya senaraikan tips memilih beg tangan mengikut bentuk badan , selamat mencuba .
1) Bentuk tubuh jenis Kurus
- Kebiasaanya wanita yang bertubuh KURUS memiliki bentuk badan seperti ini perlu lebih kepada fesyen beg tangan jenis lebar dan clutch sesuai digayakan oleh tubuh begini.
- Cuba mengelakkan untuk menggayakan beg tangan yang bertali pendek kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan anda yang kecil.
- Beg berbentuk bulat sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk badan jenis ini.
- Untuk wanita yang aktif bersukan, biasanya ukuran dada, pinggang dan pinggul mereka sama sahaja.
Sama seperti wanita yang memiliki tubuh jenis petite, beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat juga sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk tubuh jenis slim athletic.
2) Bentuk tubuh jenis apple
- Biasanya kelihatan kurus di bahagian punggung ke bawah, namun mengalami masalah besar di bahagian atas.
- Disarankan untuk memilih beg tangan yang tergantung di paras pinggang seperti beg silang atau beg bimbit supaya dapat memberikan keseimbangan kepada tubuh badan anda.
- Beg tangan yang Talinya PANJANG sedikit sesuai untuk bentuk badan apple untuk mengelakkan badan nampak terlalu penuh di bahagian atas. Dengan tali yang panjang sedikit, ia dapat mengimbangan bentuk tubuh badan anda.
3) Bentuk tubuh jenis jam gelas
- Selalunya Jenis ini nampak sempurna dan nampak seimbang di bahagian atas dan bawah serta pinggang kelihatan ramping.
Wanita memiliki bentuk badan begini sangat beruntung kerana boleh menggayakan semua jenis beg.
- Namun anda tidak boleh terlalu yakin. Ini kerana terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk, gaya dan warna.
- Selalunya bentuk badan ini amat sesuai dipadankan dengan Fabrik kulit, warna hitam dan putih merupakan ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang sederhana, lebar, membujur dan bersandang adalah yang terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.
4) Bentuk tubuh jenis pear
- Kebiasaanya mereka akan besar di bahagian punggung (pinggul yang lebar) dan kecil di bahagian dada.
- Perlu mengimbangi bentuk badan dengan memilih beg tangan bertali PENDEK yang sesuai untuk anda.
- Beg bertali pendek melindungi dada anda yg kecil. Ia juga memberikan keseimbangan pada bentuk badan.
Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam memilih beg tangan yang sesuai dan dalam masa yang sama dapat membantu penampilan anda ke tahap yang maksimum ,Dan secara tidak langsung dapat menarik perhatian si Dia yang disayangi.
Sampai disini sahaja topik kali ini berkenaan dengan penampilan

No comments:

Post a Comment

Jom Melancong dengan Pakej Yang Terbaik da Murah